Saturday 13 June 2009

Percubaan Pertama Yang Berjaya













































Projek ternakkan keli kanvas ini dihasilkan di Kota Sarang Semut, Kedah kerana minat terhadap ikan yang begitu mendalam. Setelah menghadiri kursus ternakkan ikan keli kanvas anjuran Belia Proaktif bersama Kementerian Belia dan Sukan, barulah nampak segala jalan. Pada mulanya ingin menghasilkan hanya 2 buah kolam tetapi modal yang lebih menjadikannya 10 kolam. Daripada minat menjadi pekerjaan "part-time" yang begitu menguntungkan. Hasil pertama dituai dengan keuntungan bersih mencecah RM6000 selama lebih kurang 2-3 bulan sahaja dari tarikh permulaan projek, alhamdulillah............ Kini projek ini diperbesarkan dengan beberapa cawangan. Risiko memang ada tetapi jika berjaya mengatasi risiko pasti ada hasilnya....... Cuba dulu baru tahu

Penyediaan Tapak Projek


Tapak projek yang sesuai hendaklah dikenalpasti seperti berdekatan dengan sumber air dan lain-lain

Memulakan Tenakkan Keli Kanvas

Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan bidang penternakkan ikan keli secara kanvas dan ingin mendapatkan senarai keperluan peralatan serta khidmat nasihat percuma, sila hubungi kami dengan segera. Senarai harga boleh dirunding.

Senarai alatan permulaan ternakkan ikan keli :-
  • kanvas ( 10' x 6' )
  • rangka kolam besi
  • makanan ikan
  • benih ikan
  • PH test
  • EM ( effective microorganisme )
  • Pump air
  • Paiping
Hubungi kami segera dan kami akan membantu menjana pendapatan anda.


Thursday 11 June 2009

IKAN KELI



Ikan keli atau lebih dikenali catfish merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil. Ikan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit. Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan.